Tuesday 29 November 2011

Pengabaian

        Dia duduk seorang diri di atas bangku di taman permainan yang berhampiran dengan rumahnya sambil memerhatikan  seorang ibu memujuk anaknya yang sedang menangis kerana ais krim yang dibeli ibunya sebentar tadi terjatuh dari tangannya.
        Bagi Nurul Damia Athirrah,dia tidak mengharapkan aiskrim  atau manisan seperti kanak-kanak yang lain. Dia tidak mengharapkan sebatang lollipop berwarna-warni.Dia cuma mengharapkan sebuah keluarga yang bahagia. Dia duduk sambil termenung.
                                                                                                           
       "Ibu,ibu!!!" Jerit Mia sambil berlari menuju ke dapur."Mia dapat A+ dalam Pendidikan Seni." Dia membuka begnya lalu mengeluarkan sebuah lukisan."Cantik tak?Mia lukis muka ibu,"
       "Mia,Mia tak nampak ke Ibu lagi bercakap dengan kawan Mama di telefon ni?"balas ibunya,Puan Jasmin.
       "Oh..Sorry,"Mia terus berlari menuju ke arah abangnya." Abang,tengok ni.Mia lukis muka Ibu.Mia dapat A+."
      "Alah,itu pun nak dibangga,"ejek abangnya,Fairuz. Mia mengeluh panjang. 'Siapalah nak berkongsi kegembiraan dengan Mia.Nak ajak ibu,ibu asyik fikir pasal salon je.Abang pulak bersikap acuh tak acuh. Kak Maya boleh dikatakan 3 hari 2 jam je ada kat rumah.Ayah selalu hilang.Hmmm..'Bisik hati Mia.
     "Ibu pergi dulu,"kata ibunya.
     "Okey.Bye.."balas anak-anaknya.
     "Mak,Ustazah Sofiyya kata,kita mesti bersalam dengan ibubapa tidak kira semasa mahu keluar dari rumah ataupun ketika ibubapa nak pergi kerja,"jelas Mia.
    "Alah,itu dalam drama je .."balas Puan Jasmin.
    "'Tapi.."
    "Dah,dah.Ibu dah lambat ni..Bye."
    Mia memerhatikan ibunya keluar dari rumah sehingga Puan Jasmin hilang dari pandangannya.
    "Assalamualaikum,"bisiknya.
____________________________________________________

    Mia ketawa sendiri apabila menonton Maharaja Lawak. Ketawa sehingga kering air mata.
    "Mia senyaplah sikit. ayahnya buat kerja ni. Tak fokuslah,"kata ayahnya,
    "Sorry,"balas Mia lalu menukar  channel televisyen. 20 minit kemudian dia naik ke atas lalu mengambil wuduk.
    "Hee.. Pertama kali sembahyang kat rumah.."
     Selepas mengambil wuduk,dia memakai telekung lalu menghampar sejadahnya.
     "Mia!" Maya membuka pintu bilik Mia. "Ada tengok handphone kakak tak?"
     "Eh,bila kakak pulang?'' tanya Mia.
     "Eleh dia ni,orang tanya dia,dia tanya orang balik.  Sukahati kakaklah nak pulang bila. Sibuk!" jawab Maya dengan kasar. "Ha,ada tengok handphone kakak tak?" soal Maya lagi.
    "Tak," jawab Mia ringkas sambil menunduk kepala.
    "Ha.. Senang je kan jawab?" sindir Maya. " Mia buat apa?"
    "Nak sembahyang,"
    "Kecil-kecil nak sembahyang. Eloklah. Doakan kakak jadi kaya,"kata kakaknya sambil ketawa lalu berlalu dari situ. Mia hanya diam seribu bahasa.

                                                                                                                            


     Mia beranjak dari bangkunya. Dia ingin pulang ke rumah. Dia cemburu melihat kebahagiaan dua anak beranak itu. Tiba-tiba,sebuah Saga merah berhenti di sebelahnya.
    "Adik nak ke mana ni?" tanya seorang wanita 30an. Mia berasa tak sedap hati. Seorang lelaki di sebelahnya keluar dari kereta.
    "Pulang rumah," jawabnya
    "Nak. tumpang aunty?"tanyanya lagi.
    "Taknak,"
    "Alah,takpe..lagipun rumah adik jauh sangat,"
    "Tak jauh. Situ je. Lagipun, mana boleh tumpang kereta orang yang tak dikenali. Bahaya tu,"
    "Eh budak ni. Orang suruh tumpang,tumpang je la,"kata lelaki tadi lalu menolaknya ke dalam kereta. Kepala Mia terhantuk lalu pengsan.

                                                                                                                      
   Puan Jasmin menyeka air matanya sambil menatap lama-lama lukisan yang dilukis oleh Mia dahulu. Lukisan itu penuh dengan kasih sayang dan keikhlasan.. Encik Halim mengurut kepalanya. Maya kelihatan sedih manakala Fairuz      rasa bersalah. Mereka menyesal kerana mengabaikan Mia. Kini Mia telah pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Mia telah diculik dan dibunuh oleh bekas pekerja Encik Halim bermotifkan dendam. Mia telah selamat dikebumikan manakala dua pembunuh yang telah menculik dan membunuh Mia telah ditahan. Nurul Damia Athirrah.. Pergi meninggalkan alam fana ini....






p.s :Cerita ini original dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Kalau ada,ia hanya  kebetulan.

p.p.s : b.m tak begitu bagus.. hehe..

2 comments:

Kamenrider said...

kalah akuuu. haha. kakak tok

Arisya Mohammad said...

nyindir ka apa