Thursday 22 December 2011

Yahoooo~~~~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Kelmarin aku terima berita baik. Esok aku pergi kampung.

YAHOOOOO!!!!!

Memang rindu dengan kampung sebab dah lama tak balik semenjak berpindah ke Bintulu. 

Tapi dah balik Kuching ni pun belum balik jugak.

Dah cuti sekolah ni,aku taknak lepaskan peluang untuk balik kampung.

Kalau boleh,aku nak ambik gamba banyak-banyak pastu post kat blog.

Tu pun kalau korang nak baca.







p.s:too childish??

Monday 19 December 2011

Soal Jawab

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

           Baru saja tadi aku baca blog ni.Dia ni kawan muka buku aku. Aku baca salah satu daripada kesemua entry dia. Ada sebelas soalan dari Humanoid City . Aku pun nak jawablah sementara takda idea nak tulis apa. Biasalah..Junior blogger(humble skali-skala)



  1. Your name ,please??
  2. How long you live in this world?
  3. You ever go to overseas?
  4. Your favorite bands?
  5. What's your nickname?
  6. Who always be with you when you're in trouble?
  7. What songs do you like and who sing that songs?
  8. Do you have a boyfriend?
  9. Your favorite food?
  10. Your favorite color?
  11. Facebook or blog?

And my answers are...(ceh,lalu speaking)


  • My name is Nur Farhana Arisya binti Mohamad Isnadi bin Khallid bin Hj. Aknee bin Taib
  • 12 years
  • No but it's okay. :)
  • Helloween and Scorpions. (aku setia sangat sampai aku sanggup tag diorang.ceh!)
  • Nana tapi aku gedik sangat aku letak Hana.
  • Semestinya Allah S.T.W , my family and not to mention,my bestfriends.
  • If I Could fly by Helloween and Humanity by Scorpions. <3<3
  • Yes and his name is Kudo Shinichi.
  • Spaghetti? Pizza? Fried rice? Not sure but I love eating!!
  • Red , brown and yellow!
  • Both?


Tu saja soalannya. Haha. Selepas aku post entry ni,maka hilanglah ideaku.

Assalamualaikum..

Monday 5 December 2011

Bermain di Depan Rumah

Assalamualaikum....

Pada hari Sabtu yang lalu,aku telah bermain bersama sepupu aku, Akim dan adikku, Daniel (cewwahh)..
Kami main di 'tepi pantai'..
Taklah..kami main di takungan air yang besar..
Hehe...
Jangan geli..
Besala..Kanak-kanak..
Daniel and Akim..Perang air..

Err.. Tu seluar paras lutut ok??


Jangan pedulikan muka sa kiut ni.
Hanyalah edit semata-mata
Our slippers.. Selipar aku jak yg lengkap. Yang lain tersepah-sepah entah kemana


Walaupun gambar-gambar ni sikit, tempoh kami main agak lama. Last-last, kena marah lalu disuruh balik rumah. Padan muka :p

Friday 2 December 2011

My Design #1

Assalamualaikum and selamat sejahtera..

      Sebelum memulakan entry ni,aku nak jelaskan. Menjadi seorang pereka fesyen bukan cita-cita utama aku. Tapi, ia adalah salah satu daripada cita-cita aku. Paham? Baru saja sebentar tadi,aku dah designed beberapa dresses. Memang hodoh tapi ini hanyalah permulaan. Saya masih di dalam proses pembelajaran. 
                             


Cuba untuk melukis dress yang pernah dipakai oleh Demi Lovato.

                           
                                              
Ada satu tali sahaja. Ini sesuai untuk dijadikan... baju tidur?



Jangan peduli dengan bahagian runcing tu. Alah,style..

Reben :( Menyesal aku lukis engkau


Thursday 1 December 2011

My Dream #1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
   Semua orang ada impian. Begitu juga dengan aku (ewwahh).. Salah satu daripada berjuta-juta impian aku ialah ingin menjadi pereka fesyen. Aku dah lukis baju dengan model sekali tapi menjadi seperti apa yang disangkakan. Hasilnya:                                    
Hodoh betul. Mata pun takda. Tapi sekurang-kurangnya aku cuba,kan? Okey. Caya atau tidak, aku pun memasang angan-angan untuk memiliki sebuah butik dengan cousin aku. Butik taraf antarabangsa pulak tu. Lepas tu, buat satu pertunjukkan fesyen kat luar Negara siap jemput Kimora.  Ni surat rasmi untuk kawan aku pada 24 tahun akan datang. Aku pun tak tahu betul atau tidak dan ikut format atau sebaliknya. Tapi yang pasti, ia hanya angan-angan.


4/10/2028
Nur Farhana Arisya Mohd Isnadi dan Farah Hanani Faisal

F Boutique and Spa Saloon

 

Nisel Untol dan NUr Haslinda Azura Hajrin
Love Boutique  Sdn. Bhd.
Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS PERTUNJUKAN FESYEN ANTARABANGSA
2.  Berdasarkan tajuk di atas,kami dari Syarikat F  Boutique and Spa Saloon ingin menjemput anda ke MAJLIS PERTUNJUKAN FESYEN ANTARABANGSA .
3. Butirannya adalah seperti berikut:
                                  Tarikh: 10 November (Jumaat) hingga 13 November (Isnin)
                                  Masa:1900 -2300 (Jumaat,Sabtu dan Isnin) dan 1900-2200 (Ahad)
                                  Tempat: Istana Budaya London,London.

4. Pertunjukkan feshen tersebut mempamerkan pakaian rekaan syarikat kami dan syarikat  Cik Khun Nam serta Puan Emily Groslow. Pertunjukan itu juga akan dihadiri oleh:
 1. Semua pereka feshen dari England
2. Tyra Banks
3.Kate Middleton dan suaminya
4.Puan Meng King dan suaminya,
5. Encik Wright William
Dan ramai lagi.
5. Untuk pengetahuan puan, majlis itu juga ditaja sepenuhnya oleh Kimora Lee Simmon yang juga pengasas K Kourture.
6.  Berdasarkan   maklumat di  atas, kami berharap puan akan menghadiri majlis tersebut dan kami mendahuluinya dengan ucapan terima kasih.
Sekian,
Farhana                                       farah
(FARHANA)                               (FARAH)

F Boutique and Spa Saloon

          
                                 

Sorry Nani.  Hehe…….  I  was bored that time. Memang menyampahkan nama syarikat tu? Ha.. Ada satu lagi rekaan.


This dress was designed by my noob sister. Yang asal lebih cantik.  Dia yang memberi inspirasi kepada aku. Thank you J !!