Thursday 19 January 2012

Tidak Ku sanggup Lagi

Asalamualaikum..

Bukan nak malukan atau mengaibkan tapi aku memang tak sanggup lagi.
Aku nak pindah sekolah.
Nak sangat sangat!!!!
Aku rela sekolah jauh jauh daripada sekolah kat sini.
Nak suruh orang patah bahu mungkin?
Aku rela sekolah di Serian.
Aku rela sekolah di Miri.
Aku rela sekolah di mana mana tapi bukan disini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Jelas...
5A tak pasti menjamin apa-apa.

Thursday 22 December 2011

Yahoooo~~~~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Kelmarin aku terima berita baik. Esok aku pergi kampung.

YAHOOOOO!!!!!

Memang rindu dengan kampung sebab dah lama tak balik semenjak berpindah ke Bintulu. 

Tapi dah balik Kuching ni pun belum balik jugak.

Dah cuti sekolah ni,aku taknak lepaskan peluang untuk balik kampung.

Kalau boleh,aku nak ambik gamba banyak-banyak pastu post kat blog.

Tu pun kalau korang nak baca.







p.s:too childish??

Monday 19 December 2011

Soal Jawab

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

           Baru saja tadi aku baca blog ni.Dia ni kawan muka buku aku. Aku baca salah satu daripada kesemua entry dia. Ada sebelas soalan dari Humanoid City . Aku pun nak jawablah sementara takda idea nak tulis apa. Biasalah..Junior blogger(humble skali-skala)



  1. Your name ,please??
  2. How long you live in this world?
  3. You ever go to overseas?
  4. Your favorite bands?
  5. What's your nickname?
  6. Who always be with you when you're in trouble?
  7. What songs do you like and who sing that songs?
  8. Do you have a boyfriend?
  9. Your favorite food?
  10. Your favorite color?
  11. Facebook or blog?

And my answers are...(ceh,lalu speaking)


  • My name is Nur Farhana Arisya binti Mohamad Isnadi bin Khallid bin Hj. Aknee bin Taib
  • 12 years
  • No but it's okay. :)
  • Helloween and Scorpions. (aku setia sangat sampai aku sanggup tag diorang.ceh!)
  • Nana tapi aku gedik sangat aku letak Hana.
  • Semestinya Allah S.T.W , my family and not to mention,my bestfriends.
  • If I Could fly by Helloween and Humanity by Scorpions. <3<3
  • Yes and his name is Kudo Shinichi.
  • Spaghetti? Pizza? Fried rice? Not sure but I love eating!!
  • Red , brown and yellow!
  • Both?


Tu saja soalannya. Haha. Selepas aku post entry ni,maka hilanglah ideaku.

Assalamualaikum..

Monday 5 December 2011

Bermain di Depan Rumah

Assalamualaikum....

Pada hari Sabtu yang lalu,aku telah bermain bersama sepupu aku, Akim dan adikku, Daniel (cewwahh)..
Kami main di 'tepi pantai'..
Taklah..kami main di takungan air yang besar..
Hehe...
Jangan geli..
Besala..Kanak-kanak..
Daniel and Akim..Perang air..

Err.. Tu seluar paras lutut ok??


Jangan pedulikan muka sa kiut ni.
Hanyalah edit semata-mata
Our slippers.. Selipar aku jak yg lengkap. Yang lain tersepah-sepah entah kemana


Walaupun gambar-gambar ni sikit, tempoh kami main agak lama. Last-last, kena marah lalu disuruh balik rumah. Padan muka :p

Friday 2 December 2011

My Design #1

Assalamualaikum and selamat sejahtera..

      Sebelum memulakan entry ni,aku nak jelaskan. Menjadi seorang pereka fesyen bukan cita-cita utama aku. Tapi, ia adalah salah satu daripada cita-cita aku. Paham? Baru saja sebentar tadi,aku dah designed beberapa dresses. Memang hodoh tapi ini hanyalah permulaan. Saya masih di dalam proses pembelajaran. 
                             


Cuba untuk melukis dress yang pernah dipakai oleh Demi Lovato.

                           
                                              
Ada satu tali sahaja. Ini sesuai untuk dijadikan... baju tidur?



Jangan peduli dengan bahagian runcing tu. Alah,style..

Reben :( Menyesal aku lukis engkau


Thursday 1 December 2011

My Dream #1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
   Semua orang ada impian. Begitu juga dengan aku (ewwahh).. Salah satu daripada berjuta-juta impian aku ialah ingin menjadi pereka fesyen. Aku dah lukis baju dengan model sekali tapi menjadi seperti apa yang disangkakan. Hasilnya:                                    
Hodoh betul. Mata pun takda. Tapi sekurang-kurangnya aku cuba,kan? Okey. Caya atau tidak, aku pun memasang angan-angan untuk memiliki sebuah butik dengan cousin aku. Butik taraf antarabangsa pulak tu. Lepas tu, buat satu pertunjukkan fesyen kat luar Negara siap jemput Kimora.  Ni surat rasmi untuk kawan aku pada 24 tahun akan datang. Aku pun tak tahu betul atau tidak dan ikut format atau sebaliknya. Tapi yang pasti, ia hanya angan-angan.


4/10/2028
Nur Farhana Arisya Mohd Isnadi dan Farah Hanani Faisal

F Boutique and Spa Saloon

 

Nisel Untol dan NUr Haslinda Azura Hajrin
Love Boutique  Sdn. Bhd.
Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS PERTUNJUKAN FESYEN ANTARABANGSA
2.  Berdasarkan tajuk di atas,kami dari Syarikat F  Boutique and Spa Saloon ingin menjemput anda ke MAJLIS PERTUNJUKAN FESYEN ANTARABANGSA .
3. Butirannya adalah seperti berikut:
                                  Tarikh: 10 November (Jumaat) hingga 13 November (Isnin)
                                  Masa:1900 -2300 (Jumaat,Sabtu dan Isnin) dan 1900-2200 (Ahad)
                                  Tempat: Istana Budaya London,London.

4. Pertunjukkan feshen tersebut mempamerkan pakaian rekaan syarikat kami dan syarikat  Cik Khun Nam serta Puan Emily Groslow. Pertunjukan itu juga akan dihadiri oleh:
 1. Semua pereka feshen dari England
2. Tyra Banks
3.Kate Middleton dan suaminya
4.Puan Meng King dan suaminya,
5. Encik Wright William
Dan ramai lagi.
5. Untuk pengetahuan puan, majlis itu juga ditaja sepenuhnya oleh Kimora Lee Simmon yang juga pengasas K Kourture.
6.  Berdasarkan   maklumat di  atas, kami berharap puan akan menghadiri majlis tersebut dan kami mendahuluinya dengan ucapan terima kasih.
Sekian,
Farhana                                       farah
(FARHANA)                               (FARAH)

F Boutique and Spa Saloon

          
                                 

Sorry Nani.  Hehe…….  I  was bored that time. Memang menyampahkan nama syarikat tu? Ha.. Ada satu lagi rekaan.


This dress was designed by my noob sister. Yang asal lebih cantik.  Dia yang memberi inspirasi kepada aku. Thank you J !!
  
               

Tuesday 29 November 2011

Pengabaian

        Dia duduk seorang diri di atas bangku di taman permainan yang berhampiran dengan rumahnya sambil memerhatikan  seorang ibu memujuk anaknya yang sedang menangis kerana ais krim yang dibeli ibunya sebentar tadi terjatuh dari tangannya.
        Bagi Nurul Damia Athirrah,dia tidak mengharapkan aiskrim  atau manisan seperti kanak-kanak yang lain. Dia tidak mengharapkan sebatang lollipop berwarna-warni.Dia cuma mengharapkan sebuah keluarga yang bahagia. Dia duduk sambil termenung.
                                                                                                           
       "Ibu,ibu!!!" Jerit Mia sambil berlari menuju ke dapur."Mia dapat A+ dalam Pendidikan Seni." Dia membuka begnya lalu mengeluarkan sebuah lukisan."Cantik tak?Mia lukis muka ibu,"
       "Mia,Mia tak nampak ke Ibu lagi bercakap dengan kawan Mama di telefon ni?"balas ibunya,Puan Jasmin.
       "Oh..Sorry,"Mia terus berlari menuju ke arah abangnya." Abang,tengok ni.Mia lukis muka Ibu.Mia dapat A+."
      "Alah,itu pun nak dibangga,"ejek abangnya,Fairuz. Mia mengeluh panjang. 'Siapalah nak berkongsi kegembiraan dengan Mia.Nak ajak ibu,ibu asyik fikir pasal salon je.Abang pulak bersikap acuh tak acuh. Kak Maya boleh dikatakan 3 hari 2 jam je ada kat rumah.Ayah selalu hilang.Hmmm..'Bisik hati Mia.
     "Ibu pergi dulu,"kata ibunya.
     "Okey.Bye.."balas anak-anaknya.
     "Mak,Ustazah Sofiyya kata,kita mesti bersalam dengan ibubapa tidak kira semasa mahu keluar dari rumah ataupun ketika ibubapa nak pergi kerja,"jelas Mia.
    "Alah,itu dalam drama je .."balas Puan Jasmin.
    "'Tapi.."
    "Dah,dah.Ibu dah lambat ni..Bye."
    Mia memerhatikan ibunya keluar dari rumah sehingga Puan Jasmin hilang dari pandangannya.
    "Assalamualaikum,"bisiknya.
____________________________________________________

    Mia ketawa sendiri apabila menonton Maharaja Lawak. Ketawa sehingga kering air mata.
    "Mia senyaplah sikit. ayahnya buat kerja ni. Tak fokuslah,"kata ayahnya,
    "Sorry,"balas Mia lalu menukar  channel televisyen. 20 minit kemudian dia naik ke atas lalu mengambil wuduk.
    "Hee.. Pertama kali sembahyang kat rumah.."
     Selepas mengambil wuduk,dia memakai telekung lalu menghampar sejadahnya.
     "Mia!" Maya membuka pintu bilik Mia. "Ada tengok handphone kakak tak?"
     "Eh,bila kakak pulang?'' tanya Mia.
     "Eleh dia ni,orang tanya dia,dia tanya orang balik.  Sukahati kakaklah nak pulang bila. Sibuk!" jawab Maya dengan kasar. "Ha,ada tengok handphone kakak tak?" soal Maya lagi.
    "Tak," jawab Mia ringkas sambil menunduk kepala.
    "Ha.. Senang je kan jawab?" sindir Maya. " Mia buat apa?"
    "Nak sembahyang,"
    "Kecil-kecil nak sembahyang. Eloklah. Doakan kakak jadi kaya,"kata kakaknya sambil ketawa lalu berlalu dari situ. Mia hanya diam seribu bahasa.

                                                                                                                            


     Mia beranjak dari bangkunya. Dia ingin pulang ke rumah. Dia cemburu melihat kebahagiaan dua anak beranak itu. Tiba-tiba,sebuah Saga merah berhenti di sebelahnya.
    "Adik nak ke mana ni?" tanya seorang wanita 30an. Mia berasa tak sedap hati. Seorang lelaki di sebelahnya keluar dari kereta.
    "Pulang rumah," jawabnya
    "Nak. tumpang aunty?"tanyanya lagi.
    "Taknak,"
    "Alah,takpe..lagipun rumah adik jauh sangat,"
    "Tak jauh. Situ je. Lagipun, mana boleh tumpang kereta orang yang tak dikenali. Bahaya tu,"
    "Eh budak ni. Orang suruh tumpang,tumpang je la,"kata lelaki tadi lalu menolaknya ke dalam kereta. Kepala Mia terhantuk lalu pengsan.

                                                                                                                      
   Puan Jasmin menyeka air matanya sambil menatap lama-lama lukisan yang dilukis oleh Mia dahulu. Lukisan itu penuh dengan kasih sayang dan keikhlasan.. Encik Halim mengurut kepalanya. Maya kelihatan sedih manakala Fairuz      rasa bersalah. Mereka menyesal kerana mengabaikan Mia. Kini Mia telah pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Mia telah diculik dan dibunuh oleh bekas pekerja Encik Halim bermotifkan dendam. Mia telah selamat dikebumikan manakala dua pembunuh yang telah menculik dan membunuh Mia telah ditahan. Nurul Damia Athirrah.. Pergi meninggalkan alam fana ini....






p.s :Cerita ini original dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Kalau ada,ia hanya  kebetulan.

p.p.s : b.m tak begitu bagus.. hehe..

Monday 28 November 2011

Saya Budak Baru Belajar

Assalamualaikum n selamat pagi.

Okey. Korang tahu tak Hiragana tu apa? Hiragana adalah satu cara tulisan Jepun dan mewakili sebutan sukukata. Pada masa silam, ia juga dikenali sebagai onna de (女手) atau 'tulisan wanita' kerana ia biasa digunakan oleh kaum wanita. Kaum lelaki pada masa itu menulis dengan cara Kanji dan Katakana. Hiragana mula digunakan secara luas pada kurun kesepuluh Masihi. Aku mula belajar tulisan Hiragana semenjak aku beli sebuah buku yang bertajuk...





  Korang jangan fikir aku betul-betul beli buku untuk belajar bahasa jepun yang harganya mencecah RM100 tu. Bengkrap aku. Dalam buku tu 'Puteri Sakura' pun ada ajar tulisan katakana. Tapi dia bagi yang basic sahaja. Katanya kalau nak belajar lebih,belajar di sini .




Tulisan Hiragana.

Tapi tulisan Hiragana aku taklah macam tu.memang teroklah!!

Antaranya:









                                                                             Ya jak.



Puteri Sakura pun ada ajar sikit-sikit Bahasa Jepun. Aku pun terus cuba untuk menghafal. sakai.
                                           

Tawaran

Hari ini adalah hari yang paling bermakna bagi sesiapa yang berada di tempat ku. Sesiapa yang berada di tempat ku hari ini dia mesti senyum hingga ke telinga 24 jam, lompat hingga ke langit, dan.....  Macam-macam lagilah!! Tapi memang best. Sukar untuk digambarkan melalui perkataan. Mesti anda tertanya-tanya. Mengapa saya happpppppyyyyyyyyyyy???????? Okay. Saya akan kongsi. SAYA DAH DAPAT TAWARAN KE SEKOLAH YANG SAYA SUKA!!!! YEEEEEEEEEEEEEEPEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!!!!!!!!! Memang best. Ish. Susah mok padah. Yeaaa. Kelak,boleh la naik turun belon..... Makan ikan setiap hari...Memang best..Eee..Memang best..Happy gilerRRRRRRRRRRRRR!!  Jumpa mamat hensem macam oguri shun(kenja).. TEITAN HIGH SCHOOL,WAIT FOR ME!!





ngeeee~~SILALAH PERCAYA